Hamat, Mohd Fauzi and Endut, Mohd Nuri al-Amin (2007) Pemikiran Islam Tentang Hak Asasi Manusia: Isu dan Cabaran Pasca Kemerdekaan. In: Islam di Malaysia: Pasca Kemerdekaan. Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, pp. 163-178. ISBN 978-983-2234-42-5
1862_001.pdf
Restricted to Registered users only
Download (1MB)
1862_004.pdf
Restricted to Registered users only
Download (1MB)
1862_007.pdf
Restricted to Registered users only
Download (2MB)
1863_001.pdf
Restricted to Registered users only
Download (1MB)
Abstract
Islam dari mula lagi telah menggariskan dasar yang jelas terhadap persoalan Hak Asasi Manusia melalui keterangannya tentang prinsip kemuliaan kemanusiaan seperti yang dinyatakan di dalam al Quran. Namun acuan Hak Asasi Manusia secara umumnya dilihat lebih cenderung kepada pandangan universal yang sekular tentang kemanusiaan yang hanya memperjuangkan hak kebebasan dan persamaan antara manusia tanpa sebarang kaitan dengan soal ketuhanan. Jesteru kertas ini akan membincangkan beberapa persoalan utama tentang Hak Asasi Manusia dari perspektif Islam serta bentuk cabarannya dalam era pasca kemerdekaan yang kini sedang menyerang pemikiran seluruh umat Islam. Persoalan yang timbul ialah apakah manusia mempunyai hak asasi? Apakah mereka benar-benar memiliki hak asasi tanpa batas dan terikat dengan mana-mana ajaran agama atau peraturan? Bagaimana pandangan Islam mengenai hak asasi manusia? Bagaimana manusia menikmati hak-hak asasinya dalam ruang lingkup pengabdian dirinya kepada Allah SWT; Tuhan yang memperlengkapkan kepada manusia dari segi jasmani dan rohani; fisiologi dan psikologi bagi membolehkan manusia menikmati hak asasinya? Apakah manusia yang berjaya membebaskan dirinya dari cengkaman gereja misalnya dikatakan seorang yang bebas menikmati hak asasinya, sedangkan ia terikat pula dengan cengkaman sekularisme dan liberalisme yang dicengkam oleh kongkongan ‘hawa nafsu’ manusia? Memandangkan topik ini akan melibatkan perbincangan yang agak luas, tulisan ini hanya akan menjelaskan secara ringkas tentang persoalan-persoalan di atas dan menerangkan kedudukan hak asasi menurut pandangan global dan menurut perspektif syarak. Beberapa kekeliruan pemikiran tentang isu hak asasi ini juga akan diterangkan, khususnya pandangan serong tentang ajaran Islam yang dikatakan banyak menyekat Hak Asasi Manusia.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion |
Departments / MOR / COE: | Departments > Management & Humanities |
Depositing User: | Mohd Nuri Al-Amin Endut |
Date Deposited: | 18 Sep 2012 01:31 |
Last Modified: | 19 Jan 2017 08:27 |
URI: | http://scholars.utp.edu.my/id/eprint/8116 |